500 pelajar terima sumbangan Program Jom Ke Sekolah 2026 di Sepang

FOTO BERITA: Majlis Perasmian Program Jom Ke Sekolah 2026 disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Sepang dengan kerjasama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Serbaguna BBST, Sepang, Selangor. 10hb Januari 2026 (Sabtu)

Seramai 500 orang pelajar menerima sumbangan menerusi Program Jom Ke Sekolah 2026 yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Sepang, bertempat di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi (BBST).

Program berkenaan merupakan inisiatif Yayasan Taqwa dengan kerjasama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), bertujuan meringankan beban ibu bapa serta memastikan kebajikan dan keperluan persekolahan anak-anak daripada keluarga yang memerlukan terus terpelihara menjelang pembukaan sesi persekolahan baharu.

Dalam ucapannya, Datuk Hajah Aiman Athirah merakamkan kesyukuran atas keamanan dan keselamatan yang dinikmati negara, sambil menegaskan kepentingan menghargai nikmat tersebut dengan terus menyemai nilai keprihatinan dan kemanusiaan dalam kalangan masyarakat, khususnya terhadap nasib kanak-kanak yang terkesan akibat konflik di peringkat global.

Beliau turut memaklumkan bahawa Program Jom Ke Sekolah yang telah dilaksanakan lebih 17 tahun itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam membantu rakyat, dan pemilihan Parlimen Sepang sebagai salah satu lokasi pelaksanaan tahun ini amat signifikan berikutan jumlah penduduk yang semakin meningkat dan keperluan bantuan yang tinggi.

Pada majlis berkenaan, para pelajar daripada peringkat sekolah rendah hingga menengah, termasuk Tingkatan Enam, menerima bantuan persekolahan merangkumi pakaian sekolah, kasut, beg, alat tulis, tali pinggang serta lencana Jalur Gemilang berasaskan magnet yang lebih praktikal dan tahan lama.

Menurut beliau, inisiatif ini selari dengan aspirasi Kerajaan Malaysia MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang meletakkan pendidikan sebagai keutamaan utama melalui pendekatan ihsan, keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat.

Menurut beliau, inisiatif ini selari dengan aspirasi Kerajaan Malaysia MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang meletakkan pendidikan sebagai keutamaan utama melalui pendekatan ihsan, keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat.

Majlis tersebut turut dihadiri wakil daripada Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), pemimpin masyarakat setempat, jawatankuasa kampung serta ibu bapa dan pelajar penerima sumbangan.










