‘Ingatkan dalam drama pukul 7 saja, ini dalam kelas pun berebut jawatan’

Satu permintaan berkenaan pelantikan ketua kelas difahamkan daripada keluarga seorang pelajar sekolah menarik perhatian warganet.

Permintaan itu dimulakan dengan pemberitahuan mengenai anak ibu atau bapa pelajar terbabit tidak dapat hadir pada hari pertama persekolahan kerana masih berada di Bali, Indonesia.

“Kalau boleh, boleh tak bagi anak saya jadi ketua kelas sekiranya ada buat pelantikan jawatan?” menurut permintaan yang kemudian dikongsikan guru terbabit di media sosial.

Rata-rata netizen menempelak sikap keluarga terbabit termasuk secara sinis menyatakan babak lazim dalam drama tempatan yang kerap disiarkan pada pukul 7 malam rupa-rupanya boleh muncul di sekolah.

Ada berpendapat jika mahu berebut jawatan sekalipun sekurang-kurangnya perlu hadir ke sekolah untuk mengesahkan ‘perebutan’.

“Ingatkan dalam drama pukul 7 saja selalu berebut jawatan, ini dalam kelas pun ada.

“Dahlah tak datang, ada hati nak jawatan… lain maciam.

“Hari pertama pun tak datang. Macam mana tu? Disiplin nombor 1.

“Bukan main demandnya… Suka main ‘kabel’ ni… Rosak bangsa,” demikian antara komentar netizen.

BACA JUGA Isu Glamping With Pride: JAKIM beri amaran, tiada kompromi seks songsang