Lepas ulang baca doa makan, baru dapat ‘parking’
Satu klip video tular memaparkan seorang wanita mengulang baca doa sebelum makan sekurang-kurangnya enam kali untuk mendapat tempat letak kereta.
Menerusi rakaman kamera papan pemuka, suami wanita berkenaan kedengaran ketawa melihatkan telatah isterinya yang tidak putus-putus membaca doa makan sepanjang pencarian tempat letak kereta.
Pemandu berkenaan akhirnya mendapat petak parkir kosong selepas pusingan kedua mengitari kawasan tersebut.
“Rezeki (dapat) parking tu selepas baca doa makan. Betul-betul dapat,” katanya sebelum ketawa dalam nada bersyukur.
Menjengah ruangan komen, rata-rata berkongsikan pengalaman sama apabila mudah menemui tempat letak kereta sejurus membaca doa sebelum makan itu.
Doa sebelum makan yang popular dan sering diucapkan oleh masyarakat pada hari ini ialah doa yang bermaksud, “Ya Allah berkatilah segala apa yang Engkau rezekikan kepada kami dan jauhilah kami daripada azab neraka.”
Walau bagaimanapun, pendakwah mengingatkan bahawa doa tersebut adalah doa semasa melihat makanan.
Rasulullah SAW setiap kali mahu masukkan makanan ke dalam mulut akan membaca, “Bismillahi wa ‘ala barakatillah” yang bermaksud “Dengan nama-Mu ya Allah dan atas berkat nama-Mu yang Allah.”
BACA JUGA Dokumen AGC sejak 2018 lagi dah dedah kes Zahid lemah dari awal