Pas dalam penafian berhubung punca bukan Melayu tak sokong PN
Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan bahawa Pas ialah punca masyarakat bukan Melayu gusar dan tidak menyokong Perikatan Nasional.
“Jika nak katakan Pas gagal dan menjadi sebab orang bukan Melayu tidak menyokong PN, analisis itu tidak tepat.
“Hakikatnya, ketika Pas belum menerajui PN sekalipun, ada parti yang tetap gagal menarik sokongan bukan Melayu.
“Apa yang penting ialah semua parti komponen bergerak bersama di bawah payung PN, bukan bergerak atas parti masing-masing,” katanya semalam.
Pada Khamis Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) mendakwa Gerakan dan MIPP bimbang sekiranya Pas memimpin PN.
Tuan Ibrahim berkata, setiap parti komponen perlu memperkukuh gerak kerja masing-masing dan memainkan peranan bersama bagi memastikan PN terus mendapat sokongan rakyat.
BACA JUGA: Pas panggil mesyuarat tergempar bincang isu pengerusi PN