Kunci remote di tangan Mahiaddin

MOHD YUSRI IBRAHIM

Masa anak-anak saya kecil dulu, antara yang jadi rebutan adalah remote tv.

Dalam sistem sosial kecil mereka, remote tv adalah status kekuasaan.

Siapa yang memegang remote control berupaya mengatur dan mencatur.

Bukan setakat boleh tentukan nak tengok siaran apa dan sebagainya, tetapi juga memiliki kuasa berunding untuk tawaran-tawaran lain juga.

Pada saya inilah analogi paling mudah untuk menjelaskan kekusutan dalam PN sekarang.

Untuk selesaikan deadlock PN sekarang, kena tengok semula siapa yang sedang pegang remote.

Kerana yang pegang remote tersebut yang memiliki kuasa berunding, mengatur dan membuat keputusan.

Jika tanya saya siapakah watak itu, sudah tentu jawapannya adalah Tan Sri Mahiaddin Yassin.

Pertama, secara teknikal dan perundangan, beliau masih Pengerusi PN yang sah.

Walaupun beliau telah meletak jawatan, tetapi perletakan jawatan tersebut belum berkuat kuasa.

Jika perletakan jawatan belum berkuat kuasa, maksudnya beliau masih Pengerusi PN yang sah.

Beliau berautoriti memanggil mesyuarat MT dan membuat keputusan-keputusan eksekutif.

Kedua, PN adalah gabungan empat parti iaitu Bersatu, Pas, Gerakan dan MIPP.

Segala keputusan PN sama ada untuk menerima perletakan jawatan pengerusi, melantik pengerusi baru dan sebagainya perlu diputuskan secara kolektif.

Dalam kes ini, walaupun TS Mahiaddin ada sedikit masalah dengan PAS, tapi tiga parti lain secara umumnya masih bersama beliau.

Dengan dua faktor besar tersebut, beliau adalah faktor paling dominan yang berupaya menyelesaikan kemelut PN sekarang.

Sebab itu pada pandangan saya, rundingan perlu diadakan dengan TS Mahiaddin.

Bukan dengan orang lain, bukan dengan cara lain.

Adat berunding sudah tentu ada tawar menawar.

Tidak mudah, tetapi pasti ada jalannya.

Apabila elemen give and take seimbang, persetujuan biasanya akan dapat dicapai.

Orang yang pegang remote tv ni power tau, sekali dia tekan butang, live MAN U lawan Brighton tiba2 bertukar jadi drama Melayu.