KDNK lepas sasaran, reformasi ekonomi Kerajaan MADANI berjaya

Anggaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 2025 yang berkembang sebanyak 4.9% telah mengatasi ambang unjuran rasmi kerajaan antara 4% hingga 4.8%.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meski Malaysia turut merasakan bahang tarif timbal balik pada tahun lalu, reformasi ekonomi di bawah Kerajaan MADANI memastikan kesannya tidak membebankan rakyat terbanyak. 

“Subsidi terus disasarkan kepada golongan yang memerlukan, menjadi tongkah yang memelihara kuasa beli rakyat jelata,” katanya.

Beliau berkata, hubungan diplomatik yang diperkukuh dengan pelbagai negara turut menambah keyakinan untuk merancakkan pelaburan langsung asing serta perdagangan dengan Malaysia.

“Insya-Allah, kerangka Ekonomi MADANI akan terus menjadi pedoman dalam memperhebat iltizam pembaharuan ke arah ekonomi yang lebih adil, berdaya tahan, dan lestari,” kata beliau.

BACA JUGA ATM ambil serius, tidak akan kompromi salah guna kuasa anggotanya