Bila adik manja Amerika mula ‘derhaka’: Takut jadi macam Greenland, Kanada pilih ‘peluk’ panda
OLEH MAZLAN SYAFIE
Tuan-tuan, kalau ada satu perkara yang Amerika Syarikat (AS) paling takut, ia bukan peluru berpandu Rusia atau kapal perang China.
Benda yang paling Amerika takut ialah bila kawan baik dia sendiri tikam belakang.
Dan hari ini, “pisau” itu datang dari jiran sebelah rumah dia sendiri: Kanada.
Berita tergempar dari Beijing hari ini (16 Januari 2026) mengesahkan bahawa Perdana Menteri Kanada yang baru, Mark Carney, telah membuat keputusan berani mati.
Beliau mengumumkan pemansuhan serta-merta tarif 100% ke atas kenderaan elektrik (EV) buatan China, satu dasar yang sebelum ini dipaksa oleh Washington.
Kenapa tiba-tiba Kanada berani buat “U-Turn” maut macam ni?
Jawapannya ada kaitan rapat dengan apa yang sedang berlaku di jiran sebelah mereka, iaitu di Greenland.
Tuan-tuan kena faham peta dunia betul-betul supaya tak salah faham.
Greenland itu bukan milik Kanada. Ia milik Denmark. Tapi, Greenland duduk betul-betul bersebelahan dengan Kanada di kutub utara. Mereka berkongsi pagar di Artik.
Bulan ini, Presiden Trump dengan gaya “samseng korporat” secara terbuka mengugut nak “ambil alih” Greenland demi keselamatan Amerika, tanpa pedulikan kedaulatan Denmark.
Bila Kanada tengok Denmark (sekutu NATO Eropah) kena buli macam tu, Kanada mula rasa “panas punggung”.
Mereka fikir logik akal:
“Hari ni Trump nak rampas Greenland dari Denmark. Esok lusa, entah-entah dia nak rampas Wilayah Utara Kanada (Nunavut) pula atas alasan sama?”
Sebab apa? Sebab ais kat Utara tu dah cair, dan bawah tu ada minyak dan laluan dagang baru. Amerika nak bolot semua.
Kanada sedar, di mata Amerika sekarang, “Sekutu” tak bermakna “Selamat”. Kawan pun boleh jadi lauk kalau Amerika lapar.
Jadi, Mark Carney buat percaturan geopolitik yang sangat licik.
Dia perlukan “Abang Long” baru untuk imbang kuasa Amerika. Dia tak boleh lawan Amerika guna askar (sebab askar Kanada kecil), jadi dia lawan guna Ekonomi.
Dia terbang ke Beijing, dia jabat tangan Presiden Xi Jinping.
Carney setuju benarkan 49,000 unit kereta elektrik China masuk Kanada dengan cukai ciput 6.1% sahaja, menggantikan tarif 100% yang Amerika suruh buat dulu.
Ini adalah “Soft Protection” (Perlindungan Halus).
Mesej tersirat Kanada kepada Trump mudah:
“Kau jangan macam-macam dengan tanah kami di Utara. Kalau kau tekan kami, kami buka pintu Selatan kami seluas-luasnya untuk musuh kau (China) masuk ke pasaran Amerika Utara.”
Tindakan ini satu tamparan maut ke muka Presiden Amerika
Selama ini, Amerika sibuk bina “Tembok Tarif” untuk halang China. Tiba-tiba, Kanada pecahkan tembok tu dari belakang.
Sekarang, kereta murah China akan mula masuk pasaran Amerika Utara melalui “pintu belakang” (Kanada).
Ini membuktikan satu tesis yang kita selalu bincang:
Ideologi tak boleh lawan perut (dan ketakutan). Rakyat Kanada pun tengah menjerit sebab kos sara hidup tinggi. Mereka nak kereta murah. China ada kereta murah.
Amerika pula tawarkan apa? Amerika cuma tawarkan inflasi, tarif tinggi dan ugutan nak rampas tanah jiran (Greenland).
Jadi, kerajaan yang cerdik akan pilih Pragmatisme berbanding Ego.
Tuan-tuan, perhatikan trend ni.
Amerika “mengamuk” di Greenland dan Venezuela sebab mereka terdesak cari sumber.
Akibatnya, sekutu rapat macam Kanada mula rasa tak selamat dan lari cari kawan baru di Timur.
Ini adalah isyarat bahawa kapal “Titanic Amerika” tu dah mula bocor teruk. Penumpang-penumpang VIP (sekutu Eropah dan Kanada) dah mula cari sekoci keselamatan masing-masing.
Mereka tak nak tenggelam bersama kapten yang gila kuasa.
Mark Carney nampak masa depan bukan lagi pada “Helang Tua” yang asyik nak membuli jiran demi minyak dan tanah.
Masa depan ada pada kerjasama win-win yang ditawarkan oleh “Panda”. Kanada sedar, kalau Amerika boleh khianat Denmark pasal Greenland, Amerika boleh khianat sesiapa saja bila-bila masa.
Bagi kita di Malaysia dan Nusantara, ini pengajaran mahal.
Kalau Kanada yang duduk sebelah menyebelah dengan Amerika pun berani “derhaka” dan cari perlindungan ekonomi dari China, kenapa kita yang jauh beribu batu ni masih nak takut-takut dengan bayang-bayang Amerika?
Dunia dah berubah, Tuan-tuan.
Zaman Amerika jadi “Polis Dunia” yang semua orang kena hormat, dah tamat. Sekarang zaman Siapa Cerdik, Dia Selamat.
Kanada dah pilih untuk selamatkan diri. Amerika?
Biarlah dia meroyan seorang diri dengan angan-angan nak beli Greenland tu.
MasyaAllah, benarlah putaran dunia ini milik Allah. Dulu Timur tunduk ke Barat, kini Barat sendiri berpecah belah dan mula memandang ke Timur mencari sinar harapan dan perlindungan.
Moga kita sentiasa bijak membaca tanda-tanda zaman agar tidak tersalah pilih kawan di hujung jalan.
BACA JUGA Kisah bantuan pendidikan walau tiada pertalian darah keluarga