Malaysia catat kadar gembira tertinggi di dunia

Mengimbas semula laporan kebahagiaan global, Malaysia pernah tersenarai sebagai negara dengan kadar kebahagiaan tertinggi di dunia mengatasi beberapa negara maju di Asia.

Menurut Indeks Kebahagiaan Ipsos yang diterbitkan pada 2025, 77 peratus rakyat Malaysia berada dalam keadaan gembira dan melepasi tahap purata global sebanyak 71 peratus sekali gus menunjukkan bahawa rata-rata rakyat negara ini mempunyai ‘pandangan yang positif terhadap kehidupan.’

Ia adalah satu pencapaian yang masih relevan dalam menilai kesejahteraan hidup rakyat hari ini.

Rakyat Malaysia menganggap penghargaan dan keluarga sebagai sumber utama kebahagiaan, sama seperti pandangan purata global. 

Ini membuktikan kasih sayang dan penghargaan adalah nilai sejagat manakala keluarga penting dalam kehidupan setiap manusia.

Menurut Ipsos, negara seperti India, Indonesia serta Thailand turut mencatatkan tahap kebahagiaan lebih tinggi berbanding negara lebih maju seperti Korea Selatan dan Jepun.

Malaysia juga mengalahkan Singapura yang tahap kebahagiaan rakyatnya adalah sekitar 73 peratus.

Meskipun rakyat Malaysia mengekalkan pandangan yang sebahagian besarnya adalah positif, tinjauan itu turut menonjolkan kebimbangan utama yang menjejaskan kesejahteraan mereka termasuk kestabilan dari segi kewangan, keadaan perumahan atau kehidupan dan keterjaminan pekerjaan.

“Rakyat Malaysia juga amat prihatin dengan keadaan hidup dan pekerjaan mereka. Ini mungkin mencerminkan cabaran signifikan yang mereka hadapi susulan persekitaran hidup dan budaya kerja tempatan,” katanya.

BACA JUGA Bila adik manja Amerika mula ‘derhaka’: Takut jadi macam Greenland, Kanada pilih ‘peluk’ panda