Terkini: 15 pegawai dikesan terlibat aktiviti ‘yeye’
15 pegawai tentera darat telah dikenal pasti terlibat dalam aktiviti tidak bermoral yang dikaitkan dengan budaya “Yeye” dan tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi.
Mengulas perkara itu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Azhan Md Othman bertegas, pihaknya tidak akan melindungi para pegawai yang didapati bersalah termasuk mereka yang berpangkat.
Katanya, ketika ini siasatan dalaman telah dilaksanakan dan kini dalam proses untuk mengambil tindakan yang adil dan telus terhadap pegawai berkenaan.
Arahan juga telah dikeluarkan supaya Cawangan Siasatan Jenayah Tentera Darat Malaysia (TDM) dan agensi berkuasa tentera darat melaksanakan siasatan terperinci terhadap semua aduan diterima termasuklah mengenai aktiviti tidak bermoral ini.
Ujarnya, sebarang kesalahan boleh menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan rakyat terhadap organisasi terbabit.