Ego dan politik halang penyelesaian isu kuil: Pendedahan bekas pegawai dalam DBKL
Oleh YUKTES VIJAY
Ada individu minta saya cakap dengan kaum India agar jangan bina kuil haram. Saya tak suka tulis banyak tentang personal acclodes.
Tak boleh tulis pun sebab kerja saya dulu melibatkan banyak hal sulit. Tapi isu kuil ini, bolehlah cerita sikit-sikit.
Sebenarnya, tidak ada orang yang lebih sesuai untuk untuk ulas mengenai isu Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) terutamanya di Wilayah Persekutuan, selain saya.
Salah satu jawatan saya di dalam kerajaan pada suatu ketika adalah Pegawai Tugas-Tugas Khas DBKL (bawah Kementerian Wilayah masa itu). Tugas Tugas Khas apa? Adalah tetapi salah satunya adalah berkenaan RIBI.
Imej tangkapan skrin ini hanyalah sebahagian daripada keseluruhan pangkalan data yang saya hasilkan sendiri.


Di dalamnya, status setiap RIBI di Wilayah Persekutuan dikenal pasti. Daripada kuil bawah pokok hingga tokong tepi jalan. Saya berani jamin tidak ada RIBI di Kuala Lumpur yang tidak ada di dalam pangkalan data saya.
Isu Jakel dan kuil itu pun sebenarnya bukan isu baharu. Saya pernah jumpa kedua-dua pihak sebelum isu ini tercetus pun.
Kalau tidak silap sekitar 2021 hingga 2022. Pada masa itu, memang sudah ada satu penyelesaian yang hampir dipersetujui.
Namun, tergendala kerana ego dan politik.
Saya lebih tahu hal ini daripada mana-mana NGO separa masak yang timbul hari ini untuk kononnya membela kuil tersebut.
Cuma hari ini, nama individu yang mewakili pihak kuil itu adalah berbeza daripada individu yang pernah saya temui dan berurusan sebelum ini.
Sama ada berlaku pertukaran pengurusan atau sebaliknya, saya tidak mengetahui dan juga tidak berhasrat untuk mengambil tahu kerana perkara itu bukan lagi dalam tanggungjawab saya.
Pangkalan data dah buat dan dikongsi tetapi tidak digunakan kerana ego. Yang buat itu saya dalam tempoh tiga bulan.
Sebelum itu, tidak ada sesiapa pun ada data mengenainya. Saya pusing satu KL 100 kali untuk buatnya. Itu cara saya kerja.
Sebab itu saya pernah kerja bawah BN, PH dan PN dan juga Madani. Orang politik suka saya sebab tahu apa saya boleh buat.
Politik menghalang
Coming back to the story. Seperti biasa, ada beberapa campur tangan politik dan birokrasi.
Maka, database tidak dipakai. Kalau pakai database saya, isu ini tidak akan wujud pun sebab saya sudah marking RIBI mana berpotensi mewujudkan konflik.
Kuil di tanah milik Jakel itu dalam top 3. Dua lagi dalam top 3 berjaya diselesaikan sebelum saya keluar dari DBKL.
Long story short… Isu RIBI hari ini patut diselesaikan dulu lagi tetapi politik menghalangnya.
Kamu semua adalah catur di dalam game yang lebih besar. Itu sahaja peranan kamu. Jangan overestimate your importance.
Jangan buta-buta percayakan orang politik. Kalau tak ada konflik, tak ada fungsi untuk orang politik di sini. Kalau tak ada fungsi, kita tak perlukan mereka.
Saya tak boleh cerita lebih kerana tertakluk kepada janji dan ikrar.
Dan hanya kerana saya tulis di Facebook, tidak masuk podcast dan sembang kencang, jangan anggap saya budak kecil, pleasee…
Saya tidak mahu kamu jadi keldai politik. Ingat. No conflict, no need poticians.
Jangan teruja lihat orang daripada Aagam Ani or what ever lah. Dia orang tidak mahu penyelesaian.
Kalau ada solusi, mana boleh kutip dana? Kalau tak kutip dana, mana boleh hidup memandangkan dirinya sendiri satu bankrap?
Dan tahu kenapa saya boleh berani tulis macam ini? Sebab saya tidak pernah ambil satu sen daripada sesiapa pun dalam mana-mana jua jawatan yang saya pernah pegang.
Saya berurusan berkaitan isu tanah, faham atau tidak? RIBI ini bukan soal agama atau ketuhanan, sebaliknya melibatkan urusan tanah semata-mata.
Adakah anda fikir tiada cubaan sogokan atau manipulasi data? Ini tanah di Kuala Lumpur. Jika melibatkan rasuah, nilainya sudah tentu mencecah enam angka.
Tapi lebih syok taruh orang macam ini. Tak boleh taruh kalau ambil rasuah.
*YUKTES VIJAY merupakan bekas Pegawai Tugas-Tugas Khas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
BACA JUGA Kuil dipindah secara terancang, pendekatan matang kerajaan pelihara keharmonian agama