PM dijangka jawab prestasi pertumbuhan ekonomi di Dewan Rakyat pagi ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menjawab soalan berkaitan prestasi pertumbuhan ekonomi tahun 2025 di Dewan Rakyat pagi ini.
Menurut Aturan Mesyuarat, Datuk Seri Hasni Mohammad (BN- Simpang Renggam) meminta Perdana Menteri menyatakan faktor-faktor yang menyumbang kepada prestasi pertumbuhan ekonomi tahun 2025 yang dijangkakan akan mengatasi unjuran di antara 4.0% – 4.8% ekoran anggaran awalan suku empat tahun 2025 sebanyak 5.7%.
Selepas itu, Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) meminta Perdana Menteri menyatakan apakah wujud keperluan kepada Kerajaan untuk meminda undang-undang sedia ada bagi memastikan Malaysia dapat terus mengekalkan pendirian sebagai negara berkecuali dalam suasana perkembangan geopolitik mutakhir ini.
Dalam Waktu Pertanyaan Menteri, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (PN-Beluran) meminta Menteri Luar Negeri menyatakan peranan dan keberkesanan ASEAN dalam menangani konflik wilayah dan tindakan kehadapan untuk memperkukuh peranannya sebagai pemudah cara penyelesaian konflik secara aman dan berkesan.
BACA JUGA Kejayaan ASEAN 2025 kerana masyarakat dunia percaya kepimpinan PM- Tok Mat