Peratusan keluar undi awal Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag setakat 9 pagi

Peratusan keluar mengundi awal untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan setakat jam 9 pagi tadi adalah sebanyak 20 peratus.

Manakala di DUN Lamag, Sabah, peratusan keluar mengundi setakat ini 23.40 peratus, maklum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.

Proses pengundian awal hari ini membabitkan 196 anggota polis.

PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili Barisan Nasional (BN) Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala di PRK DUN Lamag, pertandingan satu lawan satu berlangsung antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.