Dah kenapa laman rasmi masjid ini jadi ‘page’ Pas?
Heboh di media sosial apabila laman rasmi sebuah masjid di Selangor bertukar menjadi seperti ‘page’ Pas.
Masjid Bandar Tasik Puteri menerusi halaman rasmi Facebook didapati berkongsikan ucapan dan sedutan podcast oleh pemimpin Pas sekaligus menuai kecaman orang ramai.
Sama sekali tidak berkaitan dengan aktiviti masjid, ucapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat terpampang di laman rasmi masjid tersebut.

‘Page’ rasmi masjid yang terletak di Rawang itu turut berkongsikan pautan dari Facebook Pas Selangor.
Pautan itu merupakan sedutan audio siar oleh Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkenaan isu ladang babi.
Rata-rata mengkritik tindakan pentadbir laman rasmi masjid tersebut yang menyalagunakan media sosial itu sebagai platform menyebarkan fahaman politik kepartian.
Warganet dalam masa sama turut mendesak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak terlibat.
BACA JUGA Tular aksi KP Pas cium tangan Mahiaddin, ‘sila berambus’ muncul kembali