Kempen terbaharu bantu pengeluar barangan tempatan – Rak Hebatkan Perniagaan Malaysia

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim telah mengumumkan usaha baharu untuk membantu pengeluar barangan tempatan – Rak Hebatkan Perniagaan Malaysia.

Ia diumumkan ketika himpunan bulanan kementerian bulanan pagi ini.

“Saya nak kita gerakkan satu usaha besar-besaran – Rak Hebatkan Perniagaan Malaysia di seluruh negara. Atas talian, bawah talian, dalam talian, luar talian – sediakan satu tempat khusus – barang-barang berkualiti oleh perniagaan Malaysia.
 
Dan rak ini bukan sahaja untuk pembeli di kalangan rakyat. Proses perolehan kerajaan, GLC-GLC: kita semua ada tanggungjawab untuk Hebatkan Perniagaan Malaysia. Kita suruh B40 beli, tapi kita sendiri pula dok syok beli barang-barang luar negara.

Beliau turut mengumumkan bahawa kementeriannya akan memulakan langkah pertama dalam menjayakan kempen ini.
 
“Mula dengan KUSKOP: semua jabatan, agensi di bawah kementerian wajib beri keutamaan kepada produk Malaysia.
 
“Sebagai contoh, cenderahati kepada tetamu di kementerian. Kalau ada lawatan, ada delegasi datang, pi mesyuarat antarabangsa, kita hadiahkan jenama tempatan. Jangan kita sendiri pakai produk luar, kemudian kita suruh rakyat sokong produk Malaysia. Malulah saya!
 
“Tapi harus ingat, bila saya ajak kita sokong produk tempatan, itu bukan sekadar slogan atau kita sokong sebab kita kasihan, atas dasar ehsan. No, we are not supporting on a charitable basis.

“Kita sokong produk kita atas misi Hebatkan Perniagaan Malaysia – supaya produk-produk negara boleh berkembang menjadi jenama antarabangsa.”

BACA JUGA: Tak penuh troli tapi cukup…penerima bujang syukur RM50 STR banyak membantu