Trump jemput Singapura sertai Lembaga Keamanan, ini reaksi negara tersebut

Singapura telah dijemput secara rasmi untuk menyertai Lembaga Keamanan tajaan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Lembaga Keamanan telah dibentuk untuk menyelia fasa pelan damai Gaza.

Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) mengesahkan jemputan ersebut pada hari ini.

“Pemerintah Singapura telah menerima jemputan daripada AS untuk menyertai Lembaga Keamanan dan sedang menilai jemputan itu,” menurut jurucakap MFA.

Jemputan tersebut adalah usaha Rumah Putih untuk membentuk lembaga antarabangsa baru.

Meskipun tujuan asal adalah untuk pembinaan semula Gaza, Lembaga Keamanan telah diperluaskan fungsi untuk menyelesaikan konflik antarabangsa.

Ini pula reaksi Menteri Hal Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan.

“Kami (pemerintah Singapura) tidak berkempen untuk menjadi negara anggota di Lembaga Keamanan.

“Pendekatan kami adalah sentiasa lebihkan usaha, kurangkan bertutur dan melakar usaha di lapangan tanpa digembar-gemburkan. Itulah sebabnya kami tidak meminta untuk menjadi anggota mana-mana lembaga.

“Kami tidak berkempen untuk berada dalam Lembaga Keamanan,” katanya.

Amerika telah menjemput kira-kira 60 buah negara.

BACA JUGA: Kempen terbaharu bantu pengeluar barangan tempatan – Rak Hebatkan Perniagaan Malaysia