Darjah 1 umur 6 tahun, ini sebabnya ibu bapa muda sukar ‘lepaskan’ PMX
Oleh NASRI AZHAR
Percaturan politik PMX kali ini sangat dahsyat apabila beliau mengumumkan bahawa kanak-kanak berumur 6 tahun dah boleh masuk darjah 1 bermula tahun 2027.
Sebelum itu anda perlu tahu bahawa 𝐢𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐰𝐚𝐣𝐢𝐛𝐤𝐚𝐧. 𝐈𝐛𝐮-𝐛𝐚𝐩𝐚 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 a𝐧𝐚𝐤 𝐤𝐞 𝐝𝐚𝐫𝐣𝐚𝐡 𝟏 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐮𝐦𝐮𝐫 𝟕 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧. Sila baca laporan pengumuman itu betul-betul.
Impak pengumuman PMX itu sangat mempengaruhi keputusan PRU-16.
Mari saya jelaskan bagaimana ia berlaku !

Generasi kanak-kanak hari ini adalah generasi iPad dan gajet. Sejak mula pandai merangkak lagi mereka sudah didedahkan kepada rancangan pendidikan kanak-kanak di Youtube seperti ‘Didi and Friends’ dan lain-lain.
Semua rancangan itu menjadikan generasi hari ini lebih ‘advance’ dalam perkembangan awal kanak-kanak berbanding generasi lama. Bahkan sudah ada kanak-kanak yang mengenal nombor dan huruf seawal umur 3 tahun.
Walaupun peluang untuk memasukkan anak ke darjah 1 seawal umur 6 tahun itu pilihan bukannya kewajipan, namun ia akan mencetuskan persaingan sesama ibu bapa.
Setiap ibu bapa taknak kalah dengan ibu-bapa lain lalu mempersiapkan anak masing-masing untuk masuk ke darjah 1 ketika umur 6 tahun.
Bahkan ramai ibu-bapa generasi baru dah lama nampak anak mereka memang layak masuk ke darjah 1 bermula 6 tahun kerana telah tahu pelbagai perkara kesan dari main iPad dan gajet hari-hari !

Penjimatan setahun
Oleh sebab setiap Perdana Menteri yang memerintah sering memansuhkan idea kerajaan terdahulu dalam struktur pendidikan negara atas faktor ego, kebimbangan mula timbul dalam kalangan ibu bapa muda.
Mereka yang mempunyai anak berumur antara satu hingga lima tahun bimbang peluang anak-anak mereka memasuki Darjah 1 pada tahun 2027 hingga 2031 akan terhapus jika berlaku pertukaran pemerintahan.
Jika PM yang akan datang mengekalkan sistem tersebut, itu melegakan kerana bakat anak mereka tidak akan disia-siakan dengan masa. Penjimatan setahun sangat menguntungkan!
Namun, risiko untuk sistem tersebut dibatalkan tetap ada jika pemerintahan bertukar. Namun, jika PMX dikekalkan untuk satu penggal lagi, sudah tentu sistem tersebut akan dikekalkan.
Ketika jutaan ibu bapa muda ingin keluar mengundi pada PRU-16, mereka tidak mahu merisikokan tempoh penjimatan masa setahun untuk anak mereka dengan menjatuhkan PMX.
Kecuali jika semua pembangkang hari ini menawarkan manifesto untuk meneruskan sistem tersebut.

Bakat anak
Namun, jika semua pembangkang hari ini menawarkan manifesto seperti itu, air muka mereka akan jatuh kerana mereka tiada ada apa yang baharu untuk ditawarkan melainkan menciplak idea yang sama.
Jika demikian, tidak perlulah PMX dijatuhkan!
Maka apa yang para pengundi muda ketika itu kena fikir?
Fikirkan bakat anak masing-masing yang telah berhempas pulas main iPad dan gajet hari-hari sehingga menjadi lebih pandai berbanding generasi lama. Jangan dimusnahkan dengan menjatuhkan PMX.
Bahkan, jika Parlimen dibubarkan pada 2027, ia akan jadi lebih menarik kerana ramai anak berumur 6 tahun ketika itu sudah masuk darjah 1.
Sistem telah berjalan, sama ada diteruskan dengan mengekalkan PMX atau dirisikokan dengan menjatuhkan PMX.
𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐑𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢𝐭 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐨𝐝𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧.
Sambil-sambil teringat ceramah Dr Maza tentang hakikat negara Islam dan politik Islam sehingga menjadikan mereka tidak rasa berdosa untuk tidak mengundi Pas.
Sambil-sambil teringat penjimatan besar negara setelah subsidi bersasar petrol, ketika itu mereka akan tahu logo parti apa yang mereka kena undi.
BACA JUGA Tergamak usir 14 keluarga Orang Asli, Terengganu mahu bina Kolej Al-Quran