Rasuah tender perolehan: Pegawai tertinggi ATM akan dituduh esok
Seorang pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dihadapkan ke mahkamah esok berhubung kartel projek tender perolehan tentera darat.
Pegawai berkenaan telah pun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini bagi membantu siasatan untuk kes rasuah tersebut.
Menurut Harian Metro, pertuduhan itu dibuat selepas SPRM mengemukakan kertas siasatan bagi Ops Parasit kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Isnin lalu.
Sebelum ini, pegawai tinggi berusia 58 tahun itu bersama dua ahli keluarganya ditahan SPRM bagi melengkapkan siasatan oleh pegawai penyiasat berhubung kes tender perolehan ATM.
Sejak 23 Disember lalu, siasatan SPRM bermula apabila agensi itu hadir ke Kementerian Pertahanan untuk memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek membabitkan Tentera Darat sejak 2023.
BACA JUGA JAIS ambil tindakan tegas terhadap pengendali akaun FB Masjid Bandar Tasik Puteri