Berita baik untuk penjaja Bazar Ramadan DBKL

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh telah mengumumkan pengurangan kadar caj maksima tapak Bazar Ramadan di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pengurusan tapak secara bibrid.

Kadar caj tersebut ialah RM400 untuk tapak yang diuruskan oleh DBKL dan juga yang diuruskan oleh persatuan peniaga.

Kadar tersebut termasuk liputan insuran untuk penjaja.

“Ia melibatkan 44 lokasi dengan 3,779 petak niaga. Sebanyak 12 lokasi dengan 1,436 petak berada di bawah seliaan DBKL manakala 32 lokasi dengan 2,343 petak di bawah persatuan penjaja,” kata Hannah dalam satu sidang media.

Beliau turut mendedahkan dapatan hasil post-mortem yang dilakukan oleh menteri terdahulu:

  1. Pelaksanaan permohonan terbuka dan penawaran petak melalui undian menafikan hak penjaja berlesen sedia ada di beberapa lokasi bazar.
  2. Ada persatuan peniaga yang tidak berpuas hati kerana tidak dapat bantu ahli persatuan sedia ada berniaga di beberapa lokasi tapak bazar

BACA JUGA: Bekas Panglima Tentera Darat jadi tertuduh, RM145,000 wang haram masuk akaun