RUU Pembangunan Semula Bandar ditarik balik
Rang Undang-Undang Pembangunan Semula Bandar akan ditarik balik dari bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.
Keputusan ini telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri untuk membolehkan penambahbaikan dibuat kepada RUU tersebut.
RUU ini juga menerima tentangan daripada Umno.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan bahawa anggota Jemaah Menteri bersetuju bahawa RUU ini perlu ‘adil dan saksama’ dalam menangani isu perumahan di kawasan bandar.