Pengeluaran padi KADA meningkat kepada 9.5 peratus, perkukuh beras putih negara

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) berjaya meningkatkan pengeluaran padi tahun lalu sehingga menyumbang 9.5 peratus kepada bekalan beras putih negara.

Pengerusi KADA, Khalid Abdul Samad berkata, pada 2025, lembaga itu merekodkan pengeluaran padi sebantak 199,238 tan metrik, lebih besar berbanding tahun 2024 sebanyak 143,773 tan metrik atau 7.4 peratus.

Beliau berkata, peningkatan ini menunjukkan keupayaan KADA memperkukuh sumbangan kepada bekalan beras negara.

“Selain itu, tahun lalu juga turut menyaksikan kejayaan dalam sektor bukan padi yang melahirkan 426 peserta dengan peruntukan sebanyak RM73.78 juta bagi usaha pembangunan usahawan tani di bawah seliaan KADA,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu KADA seperti dilapor Harian Metro.

Sementara itu Khalid berkata, pelaksanaan pelbagai program di bawah Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani berjaya mengubah taraf hidup dan meningkatkan pendapatan golongan yang memerlukan

BACA JUGA Ini baru kerja Menteri Wilayah, Hannah Yeoh tuai pujian turunkan caj tapak bazar