Takiyuddin jawab kenapa tak namakan Hadi Awang Pengerusi PN
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak dinamakan sebagai calon Pengerusi Perikatan Nasional.
Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Pas berpandangan mereka yang mengetuai gabungan PN tidak semestinya dalam kalangan presiden parti semata-mata.
Takiyuddin berkata, ini kerana Perlembagaan PN tiada peruntukan yang menetapkan jawatan pengerusi gabungan itu mesti dipilih dalam kalangan presiden parti anggota.
Beliau juga memberitahu, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin pernah mempelawa Pas untuk menjadi parti peneraju gabungan tersebut.
Justeru selepas peletakan jawatan Mahiaddin, Pas akan kemukakan calon mereka pula untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan.
“Semua orang tahu bahawa kita sebut Bersatu dan semua bersetuju. Sebelum ini, kita tetapkan Tan Sri Muhyiddin dulu (jadi Pengerusi PN).
“Apabila berlaku perletakan jawatan maka kita tawarkan ahli parti kami. Jadi apabila dipersetujui maka kita akan kemukakan calon kita untuk Pengerusi PN.
“Oleh karena ia disahkan oleh Mesyuarat Tertinggi Pas, saya boleh sebutkan bahawa ia (pengerusi PN) bukan presiden Pas,” ujarnya.
BACA JUGA Takiyuddin jawab kritikan Bersatu kenapa Mahiaddin tak dijemput ke mesyuarat