Sokong usaha PM, bekas cikgu tadika kongsi realiti ada murid mampu jawab soalan darjah 1
Seorang bekas guru tadika swasta menganggap pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini tentang kemasukan murid darjah 1 bermula usia 6 tahun, adalah satu pengumuman yang baik dan patut disokong.
Dalam satu video dikongsikan di Facebook, Munirah Zahari berkata, generasi hari ini sebenarnya lebih bijak berbanding apa yang difikirkan masyarakat.
Berkongsi pengalamannya mengajar murid pra sekolah berusia 6 tahun, dia akui sememangnya ada kumpulan murid yang sudah mahir 3m (membaca, menulis dan mengira).
Bahkan katanya, kanak-kanak ini mampu menyelesaikan soalan setara murid darjah 1.
“Sebagai bekas guru swasta, bila Perdana Menteri umum sahaja berita ini, saya setuju sangat. Tahu sebab apa?
“Masa saya mengajar dulu, budak 6 tahun ini kita bahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan advance, satu lagi kumpulan biasa.
“Budak advance ini bagilah latihan apa-apa pun, dia orang boleh selesaikan dalam masa yang cepat dan tepat jawapan itu.
“Kami juga sediakan banyak aktiviti darjah 1, dan mereka memang boleh jawab. Dia orang punya 3m ni mantap gila. Apa yang pasti mereka bukan budak gajet,” kongsinya.
Biarpun banyak kebimbangan diluahkan ibu bapa, Munirah melihat ia dalam aspek yang lebih besar iaitu bagaimana ibu bapa boleh memanfaatkan waktu yang ada untuk “bonding” dengan anak-anak dan mulakan pendidikan awal dari rumah sebelum mula ke sekolah.
BACA JUGA Takiyuddin jawab kenapa tak namakan Hadi Awang Pengerusi PN