Pas-Bersatu makin parah sejak Qunut Nazilah MP Jasin
Oleh AHMAD MURSI
Sejak Qunut Nazilah dibaca Perikatan Nasional (PN) agar Kerajaan Perpaduan dihancurkan, dipecahkan, dihantar anjing-anjing, ini apa yang berlaku:
1) Ramai Ketua Bahagian Bersatu desak Mahiaddin letak jawatan dan digantikan dengan Hamzah.
2) Pas campur tangan dalaman Bersatu mencatur Hamzah menggantikan Mahiaddin.
3) Wan Fayhsal, Wan Saiful dan Saifuddin Abdullah dipecat kerana berkempen menjatuhkan Presiden.
4) Tebuk Atap Kerajaan Pas Perlis, 3 ADUN Pas sendiri terlibat.
5) MB Pas Perlis diganti dengan MB Bersatu kerana dikaitkan dengan dakwaan salah laku tuntutan palsu.
6) 3 ADUN Pas dipecat dengan alasan ‘terhenti keahlian’.
7) Pas ugut ceraikan Bersatu dan hidupkan semula Muafakat Nasional (MN) dengan UMNO akibat krisis di Perlis.
8) Ketua Pemuda Pas beri amaran ‘berambus!’ kepada Bersatu dari PN.
9) Presiden Pas menuduh Bersatu khianat di Perlis, tetapi dinafikan oleh Ketua Dewan Ulama Pas Perlis dan Mahiaddin.
10) Mahiaddin berjumpa Mursyidul Am bersama ADUN dipecat, Pas anggap usaha bypass Team Presiden.
11) Mursyidul Am Pas cuba batalkan keputusan Presiden memecat 3 ADUN Pas di Perlis.
12) Pertembungan terbuka penyokong Presiden Pas dengan penyokong Mursyidul Am. Serang menyerang di media sosial.
13) Pas beri amaran kepada MB Perlis Bersatu agar tidak campur tangan hal dalaman Pas.
14) Perebutan jawatan Pengerusi PN – Pas mahukan jawatan tertinggi itu.
15) Mahiaddin letak jawatan Pengerusi PN disertai setiausaha dan pengerusi-pengerusi negeri.
16) Perbalahan terbuka antara Pas dan Bersatu berkenaan status Pengerusi PN sama ada masih kekal atau tidak.
17) Takiyuddin memanggil mesyuarat MT PN tanpa menjemput Mahiaddin.
18) Pas mahu lantik Mahiaddin sebagai Pengerusi Majlis Presiden untuk Pas rampas kedudukan Pengerusi PN.
Atas sebab itu, Dr Abdul Basit menasihatkan agar tidak perlu melampau dalam berdoa kerana doa itu boleh ‘terpelanting kena atas kepala sendiri’.
Sebaliknya doakan agar diberi hidayah jika berlaku hal-hal kecil.
Telah sabit dalam hadis sahih bahawa, doa laknat akan kembali kepada orang yang melaknat jika orang yang dilaknat itu tidak layak.
Ghuluw dalam beragama adalah penyakit besar.
Pengajaran wasatiyyah, ghuluw dan lalai dalam surah al-Fatihah
Dr Yusuf Al-Qaradawi menjelaskan:
“Islam adalah manhaj pertengahan dalam setiap perkara: dalam cara pandang dan akidah, dalam ibadah dan pengabdian, dalam akhlak dan tingkah laku, dalam muamalah dan perundangan.
“Manhaj inilah yang dinamakan Allah dengan “al-ṣirāṭ al-mustaqīm” (jalan yang lurus). Ia adalah jalan yang berbeza daripada jalan pengikut agama-agama dan falsafah lain – iaitu jalan al-maghdūb ‘alayhim (yang dimurkai) dan al-ḍāllīn (yang sesat) – yang mana jalan mereka tidak terlepas daripada unsur ghuluw (melampau) atau tafriṭ (lalai).
“Sikap pertengahan (wasatiyyah) adalah salah satu ciri umum Islam, malah merupakan antara tanda utama yang Allah khususkan kepada umat ini berbanding umat lain.
Allah berfirman:
“Dan demikianlah Kami jadikan kamu sebagai umat pertengahan, supaya kamu menjadi saksi terhadap manusia (yang lain).” [al-Baqarah:143]
“Maka umat Islam adalah umat keadilan dan pertengahan, yang akan menjadi saksi di dunia dan di akhirat terhadap setiap penyimpangan, sama ada ke kanan atau ke kiri, daripada jalan lurus yang pertengahan.
[Buku ‘Kebangkitan Islam: Antara Penolakan dan Ekstremisme’, halaman 23]
BACA JUGA ‘Bercinta dengan Presiden Pas ke?’