Kenapa Presiden Pas tak hadir mesyuarat di rumah Mahiaddin semalam?
Ketidakhadiran pemimpin Pas dalam mesyuarat penting yang diadakan di kediaman Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin semalam mencetuskan spekulasi perpecahan antara dua parti komponen utama dalam Perikatan Nasional (PN).
Difahamkan mesyuarat pramajlis malam tadi diadakan di kediaman bekas perdana menteri itu bagi menggantikan mesyuarat agung luar biasa yang telah dibatalkan.
Pemimpin parti komponen yang hadir ke rumah Mahiaddin ialah Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), P Punithan dan Presiden Gerakan, Dominic Lau.
Turut dilihat hadir, Timbalan Presiden MIPP, S Subramaniam; Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu dan Ketua Penerangan Gerakan, Wendy Subramaniam.
Tiada kelibat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. Tidak dapat dipastikan punca ketidakhadiran.
Namun semalam dalam sidang media di Parlimen, Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa mesyuarat “pra majlis” itu sebagai tidak berperlembagaan.
Takiyuddin berkata walaupun perlembagaan PN mempunyai peruntukan untuk penubuhan majlis presiden, badan tersebut tidak pernah dibentuk.
Sebelum ini, tular surat-menyurat antara Mahiaddin dan Hadi Awang hang mendedahkan pandangan berbeza mereka mengenai jawatan Pengerusi PN.
BACA JUGA Wan Fayhsal gesa Mahiaddin letak jawatan Presiden Bersatu segera