Rebut kerusi pengerusi PN ibarat kera dan beruk rebut pisang

AHMAD MURSI

Pas boikot perjumpaan PN di rumah Mahiaddin dan boikot perjumpaan IPR bersama 11 parti.

Penyokong Hamzah yang pro Pas, tidak dijemput.

Pas bergaduh dengan Bersatu. Penyokong Mursyidul Am Pas bergaduh dengan penyokong Presiden Pas.

Pattern sama seperti kerjasama politik Pas sebelum-sebelum ni. Ini tahap akhir sebelum, Pas keluar dari pakatan.

Kemudian, dalil-dalil nas dan sirah-sirah baru akan ditunggang untuk tenteramkan ahli.

Parti yang dulu sahabat, nantinya akan dihukum ‘musuh Islam’ dan ‘kafir harbi’. Sesama ahli Pas dah mula gelaran ‘jebon’.

Baru-baru ini, Tuan Ibrahim ceramah salahkan orang lain di atas perpecahan PN dan Pas kini.

Dia gagal ajar ahlinya untuk bermuhasabah bahawa: doa laknat Qunut Nazilah boleh memakan diri jika tidak dibuat kena pada tempatnya.

Bagi umat Islam lain, ambillah pengajaran yang Allah sedang tunjukkan dalam hayat kita ini supaya tidak ditiru.

Kerana ghuluw boleh membinasakan seperti umat-umat sebelum ini.

Kata buruk pada orang, boleh terkena kepala sendiri dan bukan cara dakwah yang baik.

Kini berebut kerusi Pengerusi PN, bak kata Hadi: ibarat kera dan beruk berebut pisang – ReforKerusi.