Gesaan agar presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin berundur daripada jawatannya bergema lagi

Gesaan undur Mahiaddin bergema lagi

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Yunus Nurdin mahu presiden parti Tan Sri Mahiaddin Yassin melepaskan jawatan agar peranan tersebut boleh dipangku oleh timbalan presiden Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Yunus menyalahkan Mahiaddin sebagai punca parti tersebut berada di dalam kemelu sekarang.

“Seperti ditegaskan sebelum ini, MPT BERSATU menafikan sebarang dakwaan bahawa perkara yang dibincangkan Muhyiddin bersama pimpinan PAS pernah dibawa, dibincang atau dipersetujui dalam mana-mana mesyuarat rasmi MPT BERSATU, termasuk dakwaan berkaitan cadangan pemansuhan jawatan Pengerusi PN.

“Kenyataan dan tindakan unilateral itu sudah mewujudkan kekeliruan politik, mengganggu kepercayaan dalaman parti serta berpotensi merenggangkan hubungan strategik dalam gagasan PN, sekali gus menjejaskan kestabilan gabungan yang sepatutnya dibina atas asas musyawarah dan keputusan kolektif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nurdin yang juga Ketua Bersatu Libaran menambah bahawa Hamzah paling Layak untuk mengambil alih peranan Mahiaddin kerana Hamzah mempunyai kewibawaan, pengalaman serta kebijaksanaan politik untuk menyelesaikan konflik dalaman PN, memperkukuh struktur kepemimpinan Bersatu.

“Hamzah dilihat sebagai pemimpin yang cukup berpengalaman menggalas tanggungjawab kepemimpinan BERSATU, membina semula kepercayaan dalaman parti, serta memulihkan hubungan strategik dalam PN secara lebih tersusun, berdisiplin dan berteraskan kestabilan jangka panjang,” katanya.

Nurdin menambah bahawa Mahiaddin wajar focus terhadap perbicaraan kes mahkamah yang dihadapinya.

Ini bukan kali pertama seruan agar Mahiaddin berundur dikemukakan.

Antara tokoh-tokoh yang pernah membuat gesaan tersebut termasuklah mantan ahli Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Datuk Saifuddin Abdullah.

BACA JUGA: Konflik Pas-Bersatu: Tiada perang, tiada gencatan senjata?