Begini ceritanya isu tanah 5,207 hektar yang PN bisingkan walau PM dah perjelas
Di media sosial, pelbagai dakwaan berlegar mengenai tanah jajaran sempadan Malaysia-Indonesia sehinggakan ada yang menuding jari kononnya kerajaan menyerahkan tanah kepada Indonesia.
Hakikatnya, cerita sebenar jauh berbeza daripada naratif yang dimainkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga secara terbuka telah menjelaskan di Dewan Rakyat semalam bahawa dakwaan itu sama sekali tidak benar.
Isu ini sebenarnya bermula daripada laporan sebuah media tidak rasmi dari Indonesia. Ia kemudiannya dipetik ahli politik Perikatan Nasional (PN) sebelum bertukar menjadi tuduhan berulang-ulang.
Untuk lebih jelas, kami kongsikan perkongsian laman Facebook Aman Muhammad.
Begini ceritanya:
Isu tanah 5,207 hektar ni punca dari mana?
- Dari sebuah media tidak rasmi dari Indonesia.
Apa media Indonesia tu cakap?
- Secara umumnya media tu lapor Indonesia dapat tanah yang menjadi pertikaian dengan Malaysia.
Siapa yang kutip berita tu?
- MP PN yang kutip berita tu dan bawa ke Parlimen.
Apa naratif fitnah yang PN cuba timbulkan?
- PN fitnah kononnya Kerajaan Malaysia telah serah tanah 5,207 hektar kepada Indonesia.
Apa jawapan PMX awal-awal?
- PMX jawab tu fitnah dan tidak berasas.
PN ulang lagi soalan yang sama berulang-ulang, memang itulah taktik jahat PN bila nak cipta naratif.
- PMX sekali lagi ulang tak perlu beri penjelasan sebab ia adalah fitnah.
PN ulang-ulang lagi, akhirnya PMX jawab apa hari ini?
- PMX ulang sekali lagi ia fitnah. Ia bukan tanah milik Malaysia, ia tanah “No Man’s Land”. Tiada kaitan dengan Malaysia.
PN terus berlakon kononnya tak puas hati dengan jawapan PMX, terus diulang-ulang lagi untuk beri naratif jahat untuk beri gambaran Malaysia yang beri.
- Akhirnya penyokong pembangkang pun percayalah fitnah oleh PN walaupun sudah diberi penjelasan oleh PMX.
Begitulah penjelasan ringkas isu tanah 5,207 hektar ni.
BACA JUGA Malaysia kini raja pelancongan kalahkan Thailand