Tambah baik DBKL okay, tetapi jangan lempar kata nista kepada warga kerja

Keterujaan selepas mendapat menteri dan Datuk Bandar baharu Kuala Lumpur membimbangkan bekas datuk bandar sebelum ini.

Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur 2020-2021, Datuk Norhisham Dahlan berkata, beliau bimbang pegawai dan kakitangan bawahan tertekan dengan suasana yang ada disebabkan prejudis terhadap DBKL.

Beliau menyatakan sokongan penuh terhadap usaha menambahbaik DBKL, namun kata-kata nista tidak seharusnya dilemparkan kepada warga kerja.

“Saya perhatikan sekarang ini setiap bertukar menteri dan datuk bandar yang baru maka banyak lah datang prejudis (menganggap) DBKL tak baik, tak ada integriti. Selamanya lah DBKL hadap perkara ini.

“Saya sokong penuh nak tambah baik DBKL tapi janganlah  kata-kata nista, maki hamun kepada wargakerja DBKL. Akhirnya tiada perasaan hormat.

“Jadi mangsa ialah wargakerja keseluruhannya terutamanya pegawai bawahan dan staf bawah kena hadap maki orang awam

“Saya agak risau warga kerja DBKL tertekan dengan kerja kerana hari-hari isu panas seolah-olah DBKL tiada jasa tiada yang baik,” katanya.

Norhisham, bekas Datuk Bandar ketika Khalid Samad menjadi Menteri Wilayah berkata demikian kepada rakan-rakan beliau ketika mengulas apa yang berlaku di Kuala Lumpur sekarang.

BACA JUGA Fitnah kaitkan Ismail Sabri dengan serangan terhadap anak Rafizi diklasifikasikan NFA