AMANAH Putrajaya tubuh 5 cawangan baru persiap hadapi PRU-16

FOTO BERITA: Mesyuarat Penubuhan Cawangan-Cawangan AMANAH Putrajaya di Pejabat Pakatan Harapan Presint 11, Putrajaya. 4hb Fabruari 2026 (Gambar: Muin Putrajaya)

Parti Amanah Negara (AMANAH) Putrajaya terus memperkukuh kekuatan di peringkat akar umbi apabila berjaya menubuhkan lima cawangan penaja baharu secara serentak dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Pejabat Pakatan Harapan Presint 11, malam tadi.

Penubuhan cawangan-cawangan baharu ini dilihat sebagai perkembangan positif kepada landskap politik AMANAH di Putrajaya apabila majoriti keahliannya terdiri daripada golongan Generasi Z. Malah, tiga daripada lima cawangan tersebut dipimpin sepenuhnya oleh anak muda Gen Z, sekali gus mencerminkan kemunculan pelapis kepimpinan baharu dalam parti.

Lebih menarik, cawangan-cawangan yang ditubuhkan turut menampilkan kepelbagaian kaum dengan penglibatan aktif wakil pemuda daripada kaum India dan Cina, menggambarkan pendekatan inklusif yang dibawa oleh AMANAH selaras dengan prinsip Islam Rahmatan Lil-Alamin.

Menurut pimpinan AMANAH Putrajaya, kehadiran pelapis politik muda ini diharap dapat terus mengemudi cabaran kepimpinan negara pada masa hadapan dengan membawa nilai kesederhanaan, keadilan dan keterangkuman.

Menurut pimpinan AMANAH Putrajaya, kehadiran pelapis politik muda ini diharap dapat terus mengemudi cabaran kepimpinan negara pada masa hadapan dengan membawa nilai kesederhanaan, keadilan dan keterangkuman.

Dalam masa sama, AMANAH Putrajaya menzahirkan komitmen untuk merampas kembali kerusi Parlimen Putrajaya daripada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum akan datang. Parti itu juga menyatakan kesediaan sama ada untuk bertanding sendiri atau membantu mana-mana calon daripada parti dalam Kerajaan Perpaduan yang diputuskan di peringkat pimpinan.