Mengapa kemampuan UIA dipandang enteng oleh Takiyuddin?

Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) mengkritik Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) kerana memandang rendah kemampuan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

“Begitu sekali universiti Islam dipandang rendah, kajian belum siap lagi, SU Parti Islam guna ilmu kasyaf dah tahu hasil kajian dan mampu mempertikaikan kajian,” ciap Nik di X.

UIA terlibat dalam menjalankan kajian pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur seperti mana yang telah diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Hannah Yeoh.

Semalam Takiyuddin mempersoalkan keterlibatan UIA di dalam kajian tersebut.

“Pemilihan UIAM turut dipersoalkan. Kenapa tidak universiti lain yang lebih senior? Misalnya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mereka ada kepakaran.

“Kenapa UIAM? Ini kami tak mahu sebutlah, ada benda yang kita tahu di belakang sana. Ada lebih banyak universiti lebih senior di negara ini antaranya UKM, UM (Universiti Malaya) dan tidak ketinggalan UiTM (Universiti Teknologi MARA),” kata Takiyuddin pada sidang media tersebut.

Nik Nazmi turut melontarkan persoalan berkenaan isu ini kepada Syahir Sulaiman (Bachok-PN) memandangkan Syahir ialah bekas pelajar UIA.

“Apa pandangan alumni UIA @syahirmomic?”

Nik Nazmi merupakan di antara ahli parlimen Kuala Lumpur yang bersetuju dengan kajian tersebut dan pernah membuat usul RUU persendirian berkaitan.

BACA JUGA: Jika Pas letak calon PM, apa nasib komponen PN, PH, BN?