Gerakan desak Mahiaddin berundur bukan baharu, dah bermula sejak 2021

Desakan pengunduran Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai presiden Bersatu bermula sejak lima tahun dahulu dan bukannya tahun lalu.

“Gerakan ini bukan baru. Ia bermula sejak Mahiaddin letak jawatan Perdana Menteri pada 2021,” dedah bekas ketua setiausaha sulit kepada perdana menteri kelapan, Profesor Madya Datuk Dr Marzuki Mohamad.

“(Timbalan presiden Datuk Seri) Hamzah (Zainuddin) bila jumpa Mahiaddin kata, I am your loyal supporter.”

Beliau mendakwa kumpulan pro-Hamzah berusaha agar kuasa di dalam parti dilepaskan oleh Mahiaddin meskipun Hamzah sendiri menjadi timbalan presiden tanpa sebarang pertandingan di dalam parti.

“Dalam pemilihan parti, diusahakan transisi kuasa daripada Mahiaddin kepada pelapis.

“Siapa pelapis ini? Tak tahu Hamzah ke siapa ke? Pada masa tu timbalan presiden Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Ramai pelapis.

“Kumpulan Hamzah syorkan Hamzah diletakkan sebagai timbalan presiden kerana ada pemilihan. Secara percuma. Mahiaddin bersetuju.

“Saya tanya sebab kelihatan timbalan presiden menang free kerana diendorse oleh Mahiaddin. Bila bertanding tak tentu kalah atau menang.

“Lepas menang 2-3 hari, desak transition apa?

“Kalau nak jatuhkan, kenapa tak lawan?” Marzuki bertanya ketika berbicara dalam rancangan audio siar, The Tiger Show Raw malam tadi.

BACA JUGA: Jika Pas letak calon PM, apa nasib komponen PN, PH, BN?