Keadaan terkini kesihatan Tun Mahathir selepas sebulan terima rawatan di IJN

Pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengeluarkan perkembangan terbaharu mengenai kesihatan bekas perdana menteri itu selepas sebulan menerima rawatan di Institut Jantung Negara.

Dalam kenyataan itu, Mahathir telah dibenarkan pulang dan tidur di kediaman beliau sendiri sejak dua hari lepas dari 4 dan 5 Februari.

Di sebelah siang pula, beliau hadir ke IJN untuk meneruskan rawatan dan pemerhatian pihak perubatan.

“Setakat ini, pasukan perubatan di IJN berpuas hati dengan tahap kemajuan pemulihan kesihatan serta tindak balas Dr. Mahathir terhadap langkah-langkah perubatan dan fisioterapi.

“Walaupun dibenar pulang ke rumah secara berperingkat Dr. Mahathir tetap berada dalam pemantauan pasukan perubatan IJN,” kata kenyataan dikongsikan di Facebook Mahathir.

Pada masa sama, pakar perubatan menasihati supaya Dr. Mahathir tidak menerima pelawat selain keluarga terdekat buat masa ini.

Dr. Mahathir, isteri serta keluarga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa bertanyakan tentang keadaan kesihatan beliau dan yang mendoakan kesihatan serta kesejahteraan beliau.

BACA JUGA Gerakan desak Mahiaddin berundur bukan baharu, dah bermula sejak 2021