Alaskan King Crab & Lobster Thermidor lengkapi tarikan terbaru Ramadan Preview Ombak Kitchen 2026

FOTO BERITA: Majlis Pratonton Ramadan Dapur Ombak & Pelancaran Menu Baharu oleh YB Datuk Fahmi Fadzil Menteri Komunikasi di Dapur Ombak, IOI City Mall, Putrajaya. 6hb Februari 2026 (Jumaat)

Ombak Kitchen terus memperkukuh jenamanya sebagai destinasi makanan laut premium apabila melancarkan menu baharu berinspirasikan hidangan laut gaya Barat serta memperkenalkan Ramadan Preview 2026 dalam satu majlis istimewa di IOI City Mall, Putrajaya.

Majlis pratonton tersebut disempurnakan oleh YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, dan turut dihadiri CEO Ombak Kitchen, Sharita Loo serta barisan pengurusan restoran.

Pelancaran ini menandakan fasa baharu Ombak Kitchen dengan penekanan kepada penggunaan makanan laut segar berkualiti premium yang disediakan menggunakan perisa Barat yang lebih berani, kaya dan memuaskan selera.

Antara tarikan utama menu baharu ialah Seafood Boiled bersama Ombak Signature Cajun Sauce, pilihan lobster yang diperluas, pengenalan menu ikan yang sebelum ini tidak ditawarkan, serta hidangan istimewa seperti Alaskan King Crab Leg dan Whole King Crab.

Turut diperkenalkan konsep “Build Your Own Bucket” yang memberi kebebasan kepada pelanggan mencipta kombinasi hidangan laut mengikut cita rasa sendiri.

Berbeza dengan menu terdahulu yang lebih berfokus kepada set kombo, menu kali ini menawarkan fleksibiliti lebih luas termasuk pilihan à la carte, menu kanak-kanak menerusi inisiatif Kids Eat for Free, serta hidangan sesuai untuk jamuan santai atau keraian istimewa. Walaupun berevolusi dari segi konsep, Ombak Kitchen kekal mengekalkan identitinya sebagai restoran mesra keluarga dengan standard penyediaan bertaraf premium.

Seiring pelancaran menu baharu, Ombak Kitchen turut memperkenalkan Ramadan Preview 2026 bertemakan “Tradisi Berbuka, Nikmat Semeja” yang mengetengahkan gabungan masakan Melayu tradisional dan sentuhan moden.

Sepanjang Ramadan bermula 19 Februari hingga 19 Mac 2026, tiga kombo berbuka puasa ditawarkan iaitu Kombo Lekir (Rm89), Kombo Jebat (RM109) dan Kombo Tuah (Rm129)

Setiap kombo merangkumi hidangan premium seperti Signature Seafood Boil, Singapore Chilli Live Crab, Signature Roasted Lamb dan Canadian Lobster Thermidor, selain free flow oyster, bufet pembuka selera, pencuci mulut dan minuman.

Majlis turut diserikan dengan gimik kreatif menerusi Signature Rainbow Dessert sebagai simbol pembaharuan sebelum Ketua Chef Ombak Kitchen, Chef Izwan, mempersembahkan menu baharu secara rasmi kepada para tetamu.

Majlis juga membuat kejutan dengan upacara memotong pulut kuning sempena meraikan sambutan hari ulang tahun Datuk Fahmi Fadzil

Dengan pengenalan menu baharu dan penawaran Ramadan yang eksklusif, Ombak Kitchen terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan pencinta makanan laut yang mengutamakan kualiti, kebebasan memilih dan pengalaman menjamu selera yang lebih bermakna.