Nelayan Manjung Selatan peroleh pelbagai bantuan LKIM

Seramai 52 nelayan Manjung Selatan memperoleh bantuan bernilai RM65,500 menerusi program peningkatan pendapatan Touch Point yang berlangsung semalam.

Jumlah ini diperuntukkan untuk bantuan touch point dan bantuan peralatan penangkapan ikan.

Berikut adalah bantuan secara terperinci:

 2 unit enjin sangkut 15 kuasa kuda
 34 unit tong insulasi;
 43 set pukat udang;
 27 set pukat senangin;
 26 Set pukat bawal;
 20 pukat hanyut;
 117 pukat pelbagai;
 65 unit bubu ketam

Selain itu, sebanyak RM77,220 disampaikan kepada 114 nelayan di bawah skim bantuan bencana alam dan kebajikan nelayan.

Dari jumlah tersebut, Persatuan Nelayan Kawasan Matang memperoleh RM24,950 manakala PNK Sungai Tinggi diperuntukkan RM30,900. PNK Manjung Utara pula memperoleh RM21,370.00.

Seramai 13 orang pelajar daripada Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara Malaysia (UUM) Pusat Kuala Lumpur turut memberikan sumbangan peralatan persekolahan kepada 10 orang anak nelayan asnaf cemerlang,

Ini ialah hasil kerjasama LKIM dengan UUM untuk menyokong perkembangan pendidikan dan kebajikan anak-anak asnaf yang kurang bernasib baik, serta memupuk kesedaran sosial dalam kalangan pelajar PACE UUM dan juga memenuhi tugasan kursus Pembangunan Masyarakat III (VKMB 2031) bagi Program Separuh Masa PACE, UUM.