Zamri Vinoth, Tamim Dahari direman dua hari
Dua individu Zamri Vinoth dan Tamim Dahari Abdul Razak direman dua hari bagi siasatan lanjut berhubung penganjuran Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (Garah).
Zamri yang merupakan penyelaras himpunan terbabit bersama Pengasas TanahMalaya.Com, Tamim Dahari sebelum ini ditahan berdekatan kompleks Sogo malam tadi.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus, kedua-dua individu itu direman untuk siasatan lanjut.
“Kedua-dua individu terbabit telah dibenarkan untuk direman dua hari,” katanya, dipetik Sinar Harian.
Sebelum ini, dilaporkan seramai 19 individu bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan Garah yang cuba dianjurkan di hadapan Sogo malam tadi.
Daripada jumlah itu, 15 daripadanya lelaki dan empat wanita tempatan berusia antara 30 hingga 64 tahun.
Fadil berkata, daripada tangkapan tersebut, dua individu disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sementara itu, 17 individu lain ditahan di bawah Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah sebagai langkah pencegahan.
BACA JUGA Ucapan Alhamdulillah: Menteri Agama pertegas rujukan kerajaan berasaskan autoriti agama