Berhati hati dengan scammer musim pemberian SARA, perayaan
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mahu rakyat berhati-hati dengan scammer semasa musim pemberian SARA dan perayaan Tahun Baru Cina dan Aidilfitri.
“Sudah pasti ibu bapa akan keluarkan duit membuat persiapan bagi perbelanjaan harian, persiapan hari raya, isi ‘ang pau’ dan pembelian barang keperluan perayaan.
“Berwaspadalah kerana pada waktu ini scammer akan berleluasa dan anggap ia musim ‘memancing’.
“Sekiranya menerima Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) mengandungi pautan (hyperlink), jangan klik,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Keselamatan Internet 2026 anjuran MCMC di Taman Tasik Titiwangsa pada Ahad.
Suruhanjaya Komunikasi dan Mulmedia (MCMC) telah menetapkan SMS rasmi tidak akan mengandungi sebarang jenis pautan.
BACA JUGA: Zahid jawab isu tanah ladang Felda di Terengganu