Apabila Cikgu Pa tidak lagi di sisi Ayoh Chik

ANALISIS

“Kepimpinan Ulama telah lama mati.” Itulah yang dinyatakan oleh seorang bekas pimpinan Pas yang kini terketepi di Selangor.

Kenyataan Ahmad Hakimi Othman ini dihamburkan oleh beliau ekoran Minda Presiden Pas terbaru yang dikeluarkan oleh Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas hari ini.

Terlalu jelas sangat pertembungan besar sedang berlaku antara dua tokoh utama Pas iaitu Presiden dan juga Muryisul Am melalui gaya bahasa yang digunakan Hadi dalam tulisan ini.

Pertembungan ini seolah-olah tidak boleh lagi diselesaikan melalui pertemuan atau usrah Pas tetapi dihamburkan secara terbuka oleh Hadi di dalam Minda Presiden melalui akaun facebook beliau.

Mungkin kalau Datuk Mustafa Ali masih sihat, beliau tentu akan menasihati Ayoh Chik agar jangan menulis secara terbuka sedemikian. Takkan Presiden mahu bergaduh dengan Mursyidul Am secara terbuka. Takkan nak basuh kain kotor di tempat awam.

(Samsuri kini menggantikan Cikgu Pa sepenuhnya sebagai penasihat Hadi)

Namun, kini Ayoh Chik tidak lagi didampingi oleh Cikgu Pa. Beliau kini didampingi sepenuhnya oleh bekas Setiausaha Politik beliau, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang beliau letakkan sebagai MB Terengganu.

Kehebatan Samsuri bukan setakat dicalonkan sebagai MB Terengganu bahkan, Samsuri yang jawatannya sebagai Naib Presiden Pas itu dicalonkan untuk menjadi Pengerusi Perikatan Nasional (PN) selepas Tan Sri Mahiaddin Md Yassin melepaskan jawatan.

Di mana letaknya Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man jika Samsuri yang dicalonkan sebagai Pengerusi PN selepas Mahiaddin melepaskan jawatannya.

Kenapa bukan Datuk Tuan yang dicalonkan? Padahal dia yang lebih kanan. Kenapa Samsuri?

Perkara ini diperhatikan dengan jelas oleh menantu Hadi yang juga Yang Dipertua Pas Sungai Buluh, Ustaz Zaharudin Mohamad.

“Kelayakan pengerusi PN yang juga bakal PM mestilah ulama. Hujah detail boleh rujuk dalam link di komen pertama. Itu jika PAS yang tentukan calon PM dan Pengerusi PN.

“Jika perlu PAS maka DS TITM (Tuan Ibrahim Tuan Man) paling layak,” tulis beliau yang dilihat kesal kenapa Samsuri yang dinamakan bukan Tuan Ibrahim.

Menurut Hakimi, kenyataan Abdul Hadi dalam Minda Presiden beliau hari ini memberikan implikasi yang sangat mendalam kepada Pas.

“Dulu.. calon calon PAS, dikatakan ditapis oleh “Majlis Syura”..
Sekarang, ditapis oleh pihak yang mana? Lajnah Politik?Hahahaha…

“Kepimpinan Ulama telah lama mati.

“Sekulerisme yang ditulis oleh Tokoh Utama Islamis, akhirnya, sekulerisme itulah yang diamalkan Ketua Islamis.

“Satu malapetaka yang sukar dibaiki lagi,” tulis beliau penuh kekesalan.

Bagi beliau, teguran terbuka Hadi kepada Pas Perlis amat besar kesannya kepada parti itu.

“Apabila Presiden menegur ahli PAS Perlis,

“Waktu yang sama, Mursyidul Am PAS adalah dari Perlis.

“Apakah orang orang PAS Perlis, sama seperti Orang PAS Terengganu??” tulis Hakimi yang menyimpulkan implikasi besar kepada tulisan Hadi hari ini.

Namun, apa yang dilakukan Hadi hari ini berlaku tanpa kehadiran Cikgu Pa di sisi beliau. Kerana Cikgu Pa juga sudah dipasang pagar oleh penjaga Hadi sekarang.

BACA JUGA Hadi mengamuk kepada ahli Pas Perlis, serang Majlis Syura