Ringgit kini RM3.89 berbanding 1USD, kadar tertinggi dalam tempoh lapan tahun

Ringgit terus melakar rentak cemerlang apabila merekodkan kadar tertinggi dalam tempoh lapan tahun hari ini.

Pada penutup jam 6 petang tadi, ringgit sudah pun mencecah 3.8995 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Menurut Bernama, mata wang tempatan kali terakhir didagangkan sekitar paras itu pada 23 April 2018, pada kadar 3.8965/8995 berbanding dolar AS.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan mengukuh kepada 3.8995/9060 berbanding dolar AS, meningkat daripada paras penutup Rabu pada 3.9110/9170.

BACA JUGA Perintah reman dibatal, Mahkamah Tinggi arah aktivis Tamim Dahri dilepaskan