Wan Ahmad Fayshal antara tiga ahli parlimen yang turut sama dipecat Bersatu

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal yang sebelum ini digantung sepenggal telah dipecat oleh Bersatu.

Dua ahli parlimen lain yang turut menerima nasib sama ialah Azahari Hasan (Padang Rengas) dan Fathul Huzir Ayob (Gerik).

Wam Fayshal telah digantung keahlian pada bulan Oktober ekoran gerakan untuk menjatuhkan presiden parti Tan Sri Mahiaddin Yassin.

Ketiga-tiga ahli parlimen merupakan di antara 16 ahli parlimen yang menyokong seruan naib presiden Datuk Seri Ronald Kiandee yang mahu Mahiaddin berundur supaya Bersatu boleh diambil alih oleh Hamzah.

Turut dipecat hari ini ialah setiausah Bersatu Sabah Yunus Nurdin.

Persengketaan pasukan Mahiaddin dengan pasukan Hamzah sudah berlangsung selama berbulan-bulan.

Datuk Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor) merupakan ahli parlimen Bersatu pertama yang dipecat pada bulan Oktober tahun lalu.

Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) pula dipecat bulan lalu.

BACA JUGA: Hamzah dipecat