‘Mahiaddin lemah, penakut pecat Hamzah’
Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) mendakwa presiden Bersatu Mahiaddin Yassin sebagai seorang pemimpin lemah dan penakut ekoran tindakan parti tersebut memecat timbalan presiden Datuk Seri Hamzah Zainudin beberapa jam selepas 16 ahli parlimen Bersatu menyokong naib presiden Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran)
“Tindakan Bersatu memecat Datuk Seri Hamzah Zainudin beberapa jam selepas 16 Ahli Parlimen menggesa Mahiaddin berundur sebagai presiden dan menyerahkan jawatan kepada Hamzah menimbulkan persoalan mengenai motif sebenar keputusan ini,” kata Saifuddin dalam satu kenyataan.
“Keputusan ini memberi gambaran Mahiaddin takut dengan pengaruh Hamzah yang semakin kuat dalam parti.
“Jika benar Mahiaddin masih mempunyai sokongan, tidak perlu bertindak seperti ini. Parti politik yang matang tidak harus dipimpin oleh ketakutan atau ketaksuban mengekalkan kedudukan.
“Pemecatan ini memperlihatkan Muhyiddin sebagai pemimpin yang lemah dan penakut.”
Sokongan 16 ahli parlimen tersebut dizahirkan tengah hari tadi. Ini diikuti dengan pemecatan Hamzah yang juga ketua pembangkang dan ahli parlimen Larut.
Selepas itu tiga orang Ahli Parlimen Bersatu turut dipecat.
Mereka ialah Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (Machang), Azahari Hasan (Padang Rengas) dan Fathul Huzir Ayob (Gerik).
BACA JUGA: Hamzah dipecat
16 MP Bersatu sokong desakan Kiandee, gesa Mahiaddin berundur Presiden Bersatu