Siapa ketua pembangkang: Masih Hamzah?

Timbalan presiden Bersatu yang dipecat, Datuk Seri Hamzah Zainudin, akan terus berkhidmat sebagai ketua pembangkang di Parlimen, kata Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menurut Takiyuddin: “Setakat pengetahuan kami, beliau masih merupakan seorang Ahli Parlimen pembangkang.

“Oleh itu, beliau akan kekal sebagai ketua pembangkang PN,” kata Setiausaha Agung PAS itu.
Takiyuddin berkata PN akan terus berpegang kepada susunan kepimpinan sedia ada di Dewan Rakyat.

Tengah hari ini tadi, setiausaha agung Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali meyatakan bahawa Bersatu belum memutuskan siapa yang akan menggantikan Hamzah.

Semalam dilaporkan bahawa seramai 17 pemimpin Bersatu telah dipecat, termasuk Hamzah.

Kedudukan Hamzah sebagai ketua pembangkang menjadi tanda tanya ekoran pemecatan beliau oleh Bersatu.

BACA JUGA: Siapa ketua pembangkang? Bersatu belum putuskan