‘Balik raya kampung mana dulu, saya atau awak?’
Nak balik kampung di pihak suami atau isteri sempena Hari Raya tahun ini? Dengan dilema cuti yang tidak panjang, kampung suami di utara, kampung isteri pula di selatan. Macam mana itu?
Apabila dekat-dekat nak raya ini, topik hangat yang sering menjadi perbualan pasangan suami isteri adalah nak balik kampung siapa dulu.
Payah juga kalau nak balik kedua-dua belah kampung dalam waktu yang singkat, apatah lagi bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.
Pastinya semangat ‘keseimbangan’, ‘keadilan’ dan ‘toleransi’ menjadi faktor penting untuk raya ‘pertama sebagai suami isteri’.
Masing-masing mesti ada hujah tersendiri. Maklumlah raya cuma setahun sekali, mestilah nak berkumpul dengan ahli keluarga, sanak saudara yang dah lama tak jumpa.
Berikut adalah antara tips yang mungkin boleh diguna pakai oleh pasangan suami isteri di luar sana.
1. Bincang elok-elok
Seperti kita tahu, dalam hidup ini tiada perkara yang tiada jalan penyelesaian.
Perbincangan atau pun komunikasi dua hala merupakan elemen penting untuk pasangan suami isteri capai kata sepakat apatah lagi melibatkan giliran balik beraya.
Jadi bincang baik-baik, insyaAllah ada jalan penyudah.
2. Buat sistem giliran
Mungkin anda boleh capai persetujuan untuk tahun ini beraya di mana, dan tahun depan beraya belah siapa. Bagaimanapun, harus diingat contohnya jika melibatkan faktor kesihatan orang tua, yang mana perlu didahulukan, dahulukan.
3. Pandu dengan berhati-hati
Selepas berbincang dan menerima keputusan dengan hati yang terbuka, paling penting adalah memandu secara berhemah.
Pasangan suami isteri yang pulang ke kampung itu, boleh bergilir-gilir memandu kereta. Jika nampak mata suami dah ‘kuyu-kuyu’, bersiap sedialah tukar pemandu.
Keselamatan jadi keutamaan, ingatlah orang tersayang.
BACA JUGA Tol percuma jimatkan kos rakyat sambut lebaran
Â