‘Biar mereka bergaduh dulu….’ – Respon Anwar susulan konflik Bersatu
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya menjawab ringkas ketika ditanya mengenai krisis Bersatu kini, terutama selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, yang semakin mencetuskan perpecahan dalaman parti.
“Biarkan mereka bergaduh dahulu,” demikian jawapan ringkas beliau yang tidak mahu mencampuri urusan parti pembangkang.
Pada 13 Februari, Hamzah dipecat dari jawatan Timbalan Presiden Bersatu berkuat kuasa serta merta.
Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu diputuskan Lembaga Disiplin seiring Fasal 22.5 perlembagaan parti.
Sebelum ini, pelbagai desakan dibuat pemimpin Bersatu supaya keahlian Hamzah dipecat selepas didakwa menjadi dalang kepada gerakan menggesa pengunduran Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.
BACA JUGA Ke mana Hamzah lepas dipecat? Jadi ahli Pas atau balik kepada UMNO?