Hamzah buat parti baharu, PN bakal terkubur?

Blok pembangkang Perikatan Nasional (PN) bakal terkubur sekiranya Bersatu di bawah pimpinan Tan Sri Mahiaddin Yassin tidak sehaluan dengan Pas.

Perkara ini dijangka kerana bekas timbalan presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan menubuhkan parti baharu dan membentuk gabungan politik Bersama Pas, kata pengarah Institut Kajian Etnik (Kita) UKM, Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

“Tindakan Mahiaddin dan rakan-rakan dalam Bersatu memecat ahli (Hamzah dan 16 pemimpin Bersatu yang lain) secara beramai-ramai ini membolehkan mereka membentuk satu parti baharu.

“Pada pandangan saya, tidak cerdik dan tidak cermat… ‘Reset’ yang dimaksudkan oleh Hamzah dan rakan-rakan adalah mewujudkan satu parti yang boleh menandingi Bersatu pada bila-bila masa.

“Adapun parti baharu, kalau tidak seiring dengan Pas, habislah. Jika Bersatu sahaja tidak cukup untuk kekal sebagai sebuah Perikatan Nasional (PN).

“Maka akan adalah koalisi yang baharu (dengan nama baharu). Bagi saya inilah yang mereka fikirkan sebagai ‘reset’,” katanya semalam dalam rancangan Agenda Awani.

Seramai 17 pemimpin Bersatu termasuk ahli MPT, empat ahli parlimen dan dua Adua dipecat pada Jumaat lalu.

Hamzah ialah pemimpin paling kanan yang telah dipecat oleh parti.

Pas dilaporkan mengalu-alukan Hamzah sekiranya beliau membentuk parti baharu.

BACA JUGA: Pas ditempelak ‘try hard’ nak tunjuk paling harmoni, tergamak ‘tunggang’ budak Pasti