Bersatu Port Dickson lawan presiden?

Bersatu bahagian Port Dickson telah membuat pendirian melawan presiden Tan Sri Mahiaddin Yassin dalam satu mesyuarat khas pada 16 Februari.

Bahagian tersebut turut menuduh pimpinan parti sebagai pihak yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berikut adalah enam resolusi Bersatu Port Dickson yang telah dikongsikan oleh ketua bahagian Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard menerusi laman Facebook beliau.

  1. Bahagian Port Dickson merakam secara terbuka rasa kesal terhadap sikap presiden dan pemimpin tertentu yang hadir membuat program parti ke Port Dickson tanpa melalui Bahagian malah ada pemimpin yang sengaja masuk ke Port Dickson mengadu domba dan memecah belahkan parti.
  2. Bahagian juga mengecam kehilangan nama Bendahari Bahagian Port Dickson dalam senarai keahlian yang dilihat sengaja dilakukan oleh pihak tertentu di atas.
  3. Bahagian juga kesal beberapa aduan disiplin yang dibuat secara rasmi sudah lebih setahun tidak ada sebarang tindakan.
  4. Sangat jelas dengan beberapa perkembangan menunjukkan siapa yang menyerang regim tanpa henti khususnya menyerang Anwar Ibrahim akan dijadikan musuh dalam parti.
  5. Bahagian Port Dickson mendesak presiden menjelaskan mengenai saman Cekap Urus Sdn Bhd, syarikat yang di katakan diminta oleh menantu Presiden (ketika menjadi PM) RM100 juta. Syarikat itu mendapat projek pembekalan dan penyelenggaraan kenderaan kerajaan namun dibatalkan anugerah itu apabila Cekap Urus hanya memberi RM10 juta bukan RM100 juta seperti diminta dan berapa pula syarikat spanco yang kemudian diberikan projek itu selepas pembatalan Cekap Urus beri ?
    Untuk pengetahuan semua Spanco mini didakwa dimahkamah kerana pemalsuan dokumen bumiputera dalam usaha perolehan projek tersebut.
    Semua ini disenyapkan ketika itu namun sangat yakin ia akan dibuka ketika pilihanraya dan ia akan menjadi bom jangka mengalahkan parti. Maka ia perlu diperjelaskan dan diselesaikan sekarang jangan tunggu.
  6. Bahagian Port Dickson dengan ini bersetuju dengan Deklarasi Kuala Lumpur yang dibaca oleh Dr Ronald Kiandee yang disokong 19 Ahli Parlimen juga 118 Ketua Bahagian ia itu menegaskan demi keutuhan dan masa depan parti, TS Muhyiddin Yassin wajar letak jawatan.

Badrul juga telah menghadiri himpunan pro Datuk Seri Hamzah Zainudin yang telah diadakan pada hujung minggu lalu di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM).

BACA JUGA: Ahli Bersatu dipecat, ahli Bersekutu Bersatu macam mana pula?