Dugaan 1 Ramadan, terpaksa solat Subuh dalam tren, ini penjelasan Rapid Rail

Tular rakaman video memaparkan dua wanita dikatakan mengerjakan solat Subuh dalam tren LRT di Laluan Kelana Jaya.

Menurut video dikongsikan seorang pengguna TikTok, tren LRT tersebut tergendala dan tidak bergerak lebih sejam pagi tadi.

Menerusi rakaman itu, kelihatan wanita terbabit mengenakan telekung dan membentangkan sejadah menghala ke arah dinding tren.

Perkongsian rakaman itu dilihat kemudiannya meraih perhatian orang ramai dengan lebih 11,000 tanda suka setakat ini.

“Laluan LRT Kelana Jaya shut down tiba-tiba. Ramai stuck dalam tu, sebab itulah solat je dalam LRT. Dah lah 1 Ramadan, menguji kesabaran betul Rapid ni,” tulis seorang pengguna LRT.

Rata-rata memuji tindakan mereka yang tetap mengerjakan sembahyang fardu walau dalam apa keadaan sekali pun.

“Cemburunya lihat orang yang sangat menjaga solat seperti ini. Azam saya pada Ramadan kali ini ialah sekurang-kurangnya menunaikan solat lima waktu dengan cukup selama sebulan. Amin.

“Saya bertolak dari Sungai Gadut ke KL Sentral pukul 5.30 pagi. Tren mula bergerak pada jam 6.00, dan ramai yang solat dalam tren sambil duduk kerana tren sedang bergerak,” demikian antara komentar warganet.

@ummiubai0101

Alhamdulillah @UmmiUbaiที่อาศัยอยู่ในเคแอล555 #lrt #kualalumpur #ramadan

♬ original sound – mufazilmohamed

Sementara itu, Rapid Rail dalam kenyataan jam 9.20 pagi tadi berkata, gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya yang berlaku awal pagi tadi telah berjaya dipulihkan pada jam 8.52 pagi tadi.

Menurut Rapid Rail, perkhidmatan tren telah kembali beroperasi seperti biasa dengan pasukan teknikal telah ditempatkan di bilik komponen elektronik sebagai langkah keselamatan

Jelasnya, insiden berlaku akibat gangguan sistem semboyan yang disyaki berpunca daripada bekalan kuasa tidak stabil pada komponen elektronik yang mengawal pergerakan tren antara Stesen Gombak dan Stesen Ampang Park.

BACA JUGA Seru rakyat manfaatkan tanah terbiar, menteri saran usahakan tanaman ini