Teguran kepada Ridhuan Tee
OLEH NORMAN RADZUAN
BILA INGIN MENJADI TERPALING MELAYU
Dia ini bertaraf Dr Falsafah. Tapi pemikiran tidak mencerminkan title tersebut. Kerjanya menghangatkan isu-isu perkauman malah terlebih Melayu dari Melayu.
Saya pun keturunan Cina, Abdullah Chong nama sebenarnya keturunan, tidak pasti cuma yang pasti databf dari Ghuangzhou.
Tidak pernah mereka menghina agama lain walaupun mereka memeluk agama Islam.
Ridhuan Tee ini faham tak maksud bahasa kiasan itu apa? Macam mak bapa kita dulu, “Mengaji dulu lepas tu lantak le nak main sampai pengsan”.
Bukanlah bermaksud mak bapa kita suruh kita main sampai pengsan tapi maksud mereka selepas itu mainlah sepuasnya.
PMX kata ‘buat lah kuil banyak mana pun’, itu tentulah maksudnya nak bina kuil buat pemohonan lesen dari PBT, jika sesuai barulah diterima. Bukannya tanah orang atau tanah kerajaan sesuka hati buat kuil.
Kita bila bersama Islam, bukan suruh menghina agama lain. Islam mengajar kita menggunakan pendekatan diplomasi.
Allah ceritakan kepada kita bagaimana Allah memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun untuk mendatangi Firaun dan berbicara dengan kata-kata yang lemah lembut. Itu Islam tak tahu Ridhuan belajar dengan siapa… sebab terlebih Melayu.
Jika ada title Dr tu bercakap dengan ilmu, join Islam bukan suruh join Melayu. Waktu Pas jadi kerajaan kenapa kamu tak bising pasal kuil ini? Masa tu tertidur atau bertapa dalam gua?
BACA JUGA Mahkamah kurangkan bayaran saman Abu Syafiq kepada KJ daripada RM2.5 juta kepada RM830,000