Terpaling Melayu atau terlebih emosi?
Oleh NORMAN RADZUAN
Dia ini bertaraf Doktor Falsafah (PhD) tetapi pemikiran tidak mencerminkan gelaran tersebut. Kerjanya menghangatkan isu-isu perkauman malah terlebih Melayu daripada Melayu.
Saya pun keturunan Cina, Abdullah Chong nama sebenarnya keturunan, tidak pasti cuma yang pasti datang dari Ghuangzhou. Tidak pernah mereka menghina agama lain walaupun mereka memeluk agama Islam.

Ridhuan Tee ini faham tak maksud bahasa kiasan itu apa? Macam mak bapa kita dulu, “Mengaji dulu lepas tu lantak le nak main sampai pengsan”.
Bukanlah bermaksud mak bapa kita suruh kita main sampai pengsan tapi maksud mereka selepas itu mainlah sepuas-puasnya.
Perdana Menteri kata ‘buatlah kuil banyak mana pun’, itu tentulah maksudnya nak bina kuil buat pemohonan lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), jika sesuai barulah diterima. Bukannya tanah orANg atau tanah kerajaan sesuka hati buat kuil.
Kita apabila bersama Islam, bukan suruh menghina agama lain. Islam mengajar kita menggunakan pendekatan diplomasi.
Allah ceritakan kepada kita bagaimana Allah memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun untuk mendatangi Firaun dan berbicara dengan kata-kata yang lemah lembut. Tidak tahulah Ridhuan belajar dengan siapa tentang Islam, sebab terlebih Melayu.
Jika ada gelaran Dr tu bercakap dengan ilmu, peluk Islam bukan suruh peluk Melayu.
Waktu Pas jadi kerajaan kenapa kamu tak bising pasal kuil ini? Masa itu tertidur atau bertapa dalam gua?
BACA JUGA Hanya ada seorang calon tunggal dari Pas