Mana pergi projek hab aeroangkasa Terengganu?

Mohd Ikhmal Iskandar

Pada Februari 2025, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan dengan penuh yakin bahawa negeri ini bakal menjadi Hab Aero Angkasa.

Bukan kecil pengumuman itu.

– Lebih 50 ekar tanah strategik disebut akan dibangunkan.

– Pelaburan besar dijanjikan.

– Peluang pekerjaan untuk rakyat diberi fokus utama.

Waktu itu, walaun bersorak sakan.

Katanya inilah bukti kehebatan kepimpinan. Katanya inilah kejayaan bakal PM dari PAS.

Saya tidak bersorak.

Saya buat semakan.

Dan hasil semakan yang saya dedahkan ketika itu menunjukkan syarikat yang disebut sebagai pelabur tidak menunjukkan kewujudan dan latar yang meyakinkan seperti yang digambarkan.

Tulisan lama saya masih ada.

Boleh rujuk di sini.

Sekarang sudah setahun berlalu.

Saya tanya dengan jelas:

1. Apa status projek itu hari ini?

2. Jadi atau tidak?

3. Sudah bermula atau tidak?

Dan yang paling penting, apa jadi dengan 50 ekar tanah yang kononnya akan menjadi hub aero angkasa tersebut?

– Tanah itu sekarang digunakan untuk apa?

– Masih kosong?

– Sudah ada pembangunan?

– Atau senyap begitu sahaja?

Ini bukan isu kecil.

Ini bukan soal kalah menang politik.

Ini soal amanah mengurus tanah negeri.

Ini soal integriti pentadbiran.

Takkan kerana tiada pembangkang di Dewan Undangan Negeri, maka tiada siapa berani bersuara?

Takkan kerana semua sehaluan, maka semuanya memilih untuk diam?

Jangan jadi “setan bisu” yang hanya membisu bila kebenaran perlu dinyatakan.

Orang kata setan diikat ketika Ramadan.

Kalau sudah diikat, sepatutnya tiada lagi yang membisu menyembunyikan perkara sebenar.

Saya mendesak Kerajaan Negeri Terengganu tampil secara rasmi dan mengisytiharkan perkembangan sebenar projek ini.

Beritahu rakyat:

✔️ Projek ini diteruskan atau tidak

✔️ Pelabur wujud atau tidak

✔️ Status tanah 50 ekar itu sekarang apa