Mahiaddin bohong, dakwa Wan Ahmad Fayshal
Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) mendakwa presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin berbohong di dalam hantaran Facebook Mahiaddin.
“Bohong lagi Tan Sri. Bila pasukan teras Bersatu di bahagian dibubar, yang ada itu kerak nasi basi yang tidak aktif. Kamu dibohong banyak kali oleh Azmin dan Din Jawa yang hancur dalam menjaga Johor.
“Kamu GAGAL membaca kebenaran yang kami telah lama nyatakan. You REFUSED to listen and now you are paying the price.”
Azmin ialah setiausaha agung Bersatu manakala Din Jawa ialah ketua Bersatu Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal.
Wan Ahmad Fayshal berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan media Mahiaddin.
Semalam Mahiaddin telah mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas yang dipengerusikan bersama oleh dua naib presiden iaitu Datuk Dr Radzi Jidin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Azmin akan bertindak sebagai secretariat kepada mereka berdua.
Tujuannya adalah untuk menyusun semula bahagian dan sayap parti. Pemangkuan dan pembentukan jawatankuasa baharu akan dibuat di bahagian dan sayap yang menyaksikan pengunduran kepimpinan.
Mahiaddin turut mengesahkan akan menghadiri mesyuarat untuk menentukan pengerusi Perikatan Nasional hari ini.
BACA JUGA: Drama Perikatan Nasional minggu ini